Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, March 18, 2013

Bungkusan kain bedarah

image (2)

MARANG -

Orang ramai yang menggunakan laluan di bahagian belakang bangunan sebuah gelanggang futsal dekat sebuah kedai jahit di Pekan Bukit Payung  terkejut apabila

menemui bungkusan kain di kawasan semak, yang disangka janin bayi, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, salah seorang daripada mereka yang enggan namanya dikenali berkata, mereka merasa curiga selepas melihat bungkusan kain berlumuran darah dan dihurung lalat, dibuang di kawasan semak di situ.
“Kami tidak memeriksa bungkusan berkenaan, sebaliknya ada individu di sini menghubungi rakan mereka yang menjalankan tugas rondaan bersama pihak polis bagi membuat pemeriksaan isi kandungan sebenar terdapat dalam bungkusan kain itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Setelah membuat panggilan, dua anggota polis dari Balai Polis Bukit Payung di sini bersama beberapa anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) daerah dan Rela daerah tiba di lokasi kejadian.
Bagaimanapun sangkaan mereka meleset apabila pasukan rondaan yang tiba di lokasi kejadian membuat pemeriksaan kemudiannya mengesahkan isi kandungan dalam bungkusan kain adalah bangkai kucing dan bukannya janin bayi seperti disangka.

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis