Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, March 12, 2013

Budak 8 Tahun Nikahi Wanita 61 Tahun

article-2291324-188C006D000005DC-990_634x348

Sanele anak kecil usia 8 tahun yang seharusnya masih dalam proses belajar di sekolah, menjalani perkahwinan dengan Helen seorang wanita berusia 61

tahun. Wanita ini sendiri sebenarnya masih punya suami. Perkahwinan yang aneh ini dihadiri sekurang-kurangnya 100 jemputan.
Sanele Masilela dan wanita bernama Helen Shabangu itu melaksanakan upacara pernikahan di Tshwane, Afrika Selatan. Sanele mengaku berkahwin kerana nenek moyangnya yang memerintahkan dia untuk menikahi wanita itu.
Namun, Senele tidak menandatangani surat nikah dan tidak hidup bersama. Keluarga berkeras bahawa perkahwinan itu hanya ritual dan tidak mengikat secara undang-undang.
"Saya ceritakan kepada ibu, saya ingin berkahwin kerana saya benar-benar ingin. Saya senang, saya berkahwin dengan Helen. Saat aku sudah besar nanti, saya akan berkahwin dengan wanita seusia saya," kata Sanele seperti dipetik The Sun.
Helen Shabangu mengatakan, datuk Sanele yang memintanya berkahwin, sebelum ia meninggal dunia. Sanele memilih Helen kerana dia mencintainya.
"Dengan melakukan ini kita membuat nenek moyang bahagia. Jika kita tidak, sesuatu yang buruk akan terjadi dalam keluarga," kata Helen. (*)

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis