Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Wednesday, March 20, 2013

Bas tebabas elak monyet di Kilometer 142.6 Lebuhraya Pantai Timur (LPT),

image (4)

MARAN -

Gara-gara mahu mengelak seekor monyet melintas, seramai 19 penumpang bersama dua pemandu sebuah bas ekspres nyaris maut

apabila kenderaan itu terbabas lalu merempuh pengadang jalan di Kilometer 142.6 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), dekat susur keluar Paza Tol Chenor, kira-kira jam 1.30 pagi, semalam.

bas ekspres dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun itu dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur.
“Kejadian berlaku akibat pemandu gagal mengawal kenderaan selepas cuba mengelak seekor monyet yang secara tiba-tiba melintas dari tepi jalan ke tengah laluan lebuh raya.
“Ia menyebabkan bas terbabas ke sebelah kiri jalan lalu merempuh pembahagi jalan sehingga menyebabkan kerosakan teruk pada bahagian hadapan bas," katanya.
ketika kejadian, hampir kesemua penumpang termasuk seorang pemandu tambahan sedang tidur dan hanya menyedari kejadian itu selepas bas terbabas.
Menurutnya, penumpang yang terselamat dibawa ke destinasi tujuan menggunakan sebuah bas ganti dari syarikat sama.

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis