Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, March 21, 2013

Baru je cerai.., dah di tangkap khalwat..

Wanita ditangkap basah

Seorang wanita yang menyangka dirinya telah sah diceraikan oleh suaminya kira-kira tiga bulan lalu dicekup berkhalwat dengan seorang lelaki

di sebuah rumah di Taman Seri Impian, dekat sini, malam kelmarin.
Pasangan terbabit dicekup Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) daerah Kluang kira-kira jam 5 pagi selepas menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat pasangan terbabit.
Pegawai Tadbir Tadbir JAJ daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, selepas 10 minit pintu rumah diketuk, wanita berusia 27 tahun itu membuka pintu dalam keadaan baru bangun tidur dan kelihatan bersamanya seorang lelaki berusia 26 tahun.
Menurutnya, pemeriksaan dijalankan mendapati pasangan terbabit tidak mempunyai ikatan perkahwinan, manakala wanita yang mengaku dari Sabah itu mendakwa dirinya telah diceraikan kira-kira tiga bulan lalu.
“Namun, setelah semua dokumen tentang perceraian diperiksa, mendapati wanita tersebut masih dalam proses perceraian dan ianya belum diputuskan oleh Mahkamah Syariah lagi,” katanya.
Mohd Khalil berkata, pasangan tersebut juga mengaku sebagai saudara sepupu.
“Walau bagaimanapun mereka tetap didakwa berkhalwat dan akan disiasat di bawah Seksyen 27(1) a&b Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 yang boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis