Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, March 12, 2013

Badan Wanita Ini Di Tumbuhi Kuku

12 (1)

Jika kuku biasanya tumbuh di hujung-hujung jari tidak dengan wanita ini, kuku tumbuh hampir di seluruh tubuhnya.

Kuku tumbuh ditubuh benar-benar kejadian aneh dan sangat langka. Seorang wanita menderita penyakit aneh yang tak dikenali dalam dunia perubatan. Penyakit misteri membuat kuku-kuku tumbuh dari folikel atau akar rambut Shanyna isom. Kemunculan kuku itu bermula dari alergi yang dideritanya 3 tahun lalu.
Shanyna awalnya jatuh sakit setelah menderita reaksi alergi terhadap steroid yang diberikan untuk merawat asma pada September 2009. Ia mengalami gatal-gatal dan muncul benjolan hitam menutupi kakinya hanya dalam beberapa jam yang menyukarkannya melakukan aktiviti. Baru pada 2010, doktor di Baltimore mendapati bahawa benjolan yang menutupi seluruh tubuh sebenarnya adalah kuku manusia.
"Di mana ada rambut tumbuh, di situ ada kuku yang tumbuh," tutur Shanyna. "Awalnya aku tidak boleh duduk dan tidak boleh berjalan. Tapi sekarang aku boleh berjalan dengan tongkat dan kadang-kadang boleh berjalan sendiri."
Doktor juga mendapati kulit mahasiswi jurusan undang-undang ini menghasilkan sel-sel kulit 12 kali lebih banyak berbanding normal. Meski telah melakukan pelbagai jenis pemeriksaan namun doktor tidak mencari jawapan atas penyakit ini. Sementara ini doktor hanya mampu mengawal penyakit ini tanpa boleh mengubatinya.
Tak hanya menderita sakit, Shanyna juga menanggung banyak hutang untuk membayar kos pemeriksaan di unit pakar di Baltimore. Kini perempuan berusia 28 tahun itu mendirikan yayasan untuk mengumpulkan wang rawatan dirinya. Saat ini ia mendapat sokongan dari keluarga serta masih menanggung hutang

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis