Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, March 12, 2013

Awek Diraba Ramai-ramai

Dedah Kini®-raba

Anak-anak muda zaman dahulu, boleh dikatakan perkembangan dan perangai mereka masih lagi boleh dikawal oleh ibu bapa.

Ke mana sahaja nak pergi, pastinya ditanya dan diambil tahu oleh ibu bapa masing-masing.

Kalau tersilap langkah, meletuplah ibu-ibu dan bapa-bapa yang tahu perangai anak-anak sendiri yang mampu menjatuhkan maruah keluarga.

Istilah mengongkong memang kuat digunakan waktu dahulu.

Itu hanyalah kerana ibu bapa mahukan yang terbaik dan mahukan anak-anak mereka berjaya dalam hidup dan mampu menjadi manusia berguna hingga ke akhir hayat.

Tetapi kini, perubahan zaman sejajar dengan perkembangan teknologi yang pesat, manusia juga semakin berubah sikap dan tingkah-laku.

Satu video yang dimuat naik ke laman You Tube membuatkan penulis tidak mampu berkata apa-apa.

Lantas, hanya mampu untuk mengucap panjang memikirkan anak-anak muda atau remaja negara kita semakin menjadi-jadi perangainya sekarang ini.

Video yang berjudul, ‘Budak Satu Malaysia Boleh’ memang menjijikkan kalau ditonton.

Seorang remaja perempuan yang masih lengkap berpakaian sekolah, dikelilingi oleh ramai remaja lelaki rela dirinya diraba atas dan bawah oleh ‘geng-geng’ lelaki itu. Subhanallah!

Lebih ironiknya, kejadian raba-meraba itu dilakukan di hadapan sekolah sendiri!

Malah, ada di kalangan remaja lelaki itu yang hanya memakai seluar dalam atau ‘boxer’ sahaja.

Kalau diperhatikan, nama sekolah remaja-remaja tersebut boleh dibaca dengan jelas.

Yang pelik, kalau remaja perempuan itu tidak rela dirinya diperlakukan seperti itu, kenapa pula dia menjerit ketawa?

Memang benar, video rakaman itu sudah lama di muat naik ke laman You Tube dan sekarang ini, cerita tidak bermoral ini dibangkitkan bukanlah mahu memburukkan pihak-pihak tertentu.

Tetapi, penulis mahu ingatkan, paparan video ini sebagai pengajaran dan bukanlah mahu memesongkan pemikiran masyarakat sekeliling.

Sebaliknya, biarlah apa yang disiarkan ini sebagai pengajaran dan mampu untuk membuka mata kita supaya lebih berhati-hati dalam mendidik anak-anak.

Janganlah disalahkan atau menunding jari kepada pihak-pihak tertentu kerana sikap salah-menyalahkan itu tidak akan menyelesaikan masalah sosial seperti dalam video ini yang kian meruncing isunya.

Seharusnya, berbaliklah kepada agama kita sendiri kerana tanpa agama, akan musnahlah jati diri, pesonglah akidah hingga mampu menjerumuskan diri kita ke lembah maksiat yang hina. Neraka jahanamlah tempatnya nanti.

Firman Allah S.W.T:

“Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya.” Al-Kahfi : 110.

“Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. Raja manusia, Sembahan manusia, Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang  bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari (syaitan golongan) jin dan manusia.” An-Nass : 1-6.

“Dan tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang melihat, dan tidaklah (pula sama) orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal saleh dengan orang-orang yang durhaka. Sedikit sekali kamu mengambil pelajaran.

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis