Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, March 1, 2013

Aura Scarlett Johansson

image (7)

BINTANG filem Hollywood yang pernah mendapat gelaran simbol seks ini mula melibatkan diri dalam bidang lakonan sejak usianya mencecah ke angka sembilan tahun lagi

image (8)Ia bermula apabila ibunya, Melanie Sloan, yang juga seorang penerbit membawanya ke sebuah uji bakat bagi mencari pelakon kanak-kanak untuk menjadi anak kepada John Ritter’s, menerusi filem komedi fantasi berjudul, North.
Berikutan kejayaannya menjadi Laura Nelson dalam filem itu, dia kemudiannya dipilih untuk muncul dalam beberapa filem lain seperti Just Cause, If Lucy Fell dan Manny & Lo.
Menariknya, menerusi Manny & Lo, memainkan peranan sebagai Amanda, dia menerima pelbagai pujian dari pengkritik filem Hollywood.
Kata mereka, filem itu tercipta untuknya.
"Ia menjadi sebuah filem yang hebat kerana wujudnya seorang gadis menawan yang diberi nama Scarlett Johansson," ujar mereka.
Dalam pada itu, aktres kelahiran New York ini juga dikatakan mempunyai aura yang tidak ada dalam diri pelakon lain.
"Apabila dia melangkah ke set, dia mewarnai pembikinan filem itu dan jika dia mampu mengekalkan auranya, dia akan menjadi aktres yang penting dalam industri seni Hollywood," kata mereka mengenai bintang seksi ini.
Tuah rambut merah
Seiring dengan peningkatan usianya, Johansson terus menawan dunia perfileman Hollywood apabila muncul menerusi pelbagai filem yang berjaya menaikkan namanya seperti Home Alone 3, He’s Just Not That Into You, The Horse Whisperer, Ghost World dan Girl with A Pearl Earring.
Pun begitu, wataknya sebagai Natasha Romanoff atau Balck Widow dalam filem box office Iron Man 2 menjadi buah mulut peminat filem dan melekat di hati mereka sehingga ke saat ini.
Menariknya, kerana menginginkan watak tersebut, bekas isteri akor Ryan Reynold ini terpaksa mewarnakan rambutnya merah semata-mata untuk meyakinkan pengarah Jon Favreau bahawa dia aktres yang paling layak untuk watak itu.
Bagaimana pun, percubaannya berjaya dan berbaloi kerana Favreau tertarik dengan usaha pelakon berusia 28 tahun ini.
Sedikit mengenai peranannya sebagai Romanoff atau Black Widow, di awal pembikinan filem itu, Johansson mengakui agak kekok kerana terpaksa menggunakan 'kostum kucing' yang ketat dan melekat di badannya.
"Apabila melihat kostum itu, saya terfikir, bolehkah saya bergerak di dalamnya, namun, selepas memakainya untuk beberapa jam, saya mula rasa selesa dan bebas bergerak," katanya satu penghargaan apabila Favreau mempercayainya membawakan
watak berkenaan.
Bimbang babak mandi
Kini, selepas muncul dalam filem box office The Avengers tahun lalu, aktres terbaik Anugerah Bafta 2003 menerusi filem Sofia Coppola’s Lost In Translation ini bakal muncul dengan filem terbarunya yang berjudul Hitchcock.
Bakal ditayangkan 7 Mac ini di pawagam seluruh Malaysia, memerlukan Johansson menjadi Janet Leigh iaitu seorang pelakon yang popular di era 40-an.
Mengulas mengenai wataknya itu, jelas Johansson, ini merupakan kali pertama dia memainkan watak seumpama itu.
"Pelbagai peranan yang dilakonkan sebelum ini tidak terlalu sukar kerana saya perlu menjadi diri sendiri, bahkan apabila menjadi Rushman atau Romanoff, saya hanya perlu berimaginasi.
"Sebaliknya tidak ketika menjadi Leigh, orang akan melihat dia dalam diri saya, jadi saya perlu melakukan banyak kajian mengenai dirinya," katanya bimbang apabila melakukan adegan mandi dalam filem itu.
Selain Johansson, filem ini turut dibintangi Anthony Hopkins, Helen Mirren, Jessica Biel, Toni Collette dan James D’Arcy.

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis