Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, March 18, 2013

Artis Sumbang Mahram Dengan Abang Tiri Untuk Trus Popular

zarinacium

Pelakon Zarina Anjoulie menjelaskan mengenai isu dia dicium seorang lelaki yang tersebar di laman Twitter miliknya, merupakan abang tiri berlainan ibu namun berkongsi bapa yang sama.

Figura yang penuh dengan kontroversi ini menjelaskan bahawa dia sememangnya rapat dengan abang tirinya itu dan seringkali menunjukkan kemesraan mereka sebagai adik beradik dengan berpeluk dan bercium.
"Tidak salah bukan untuk menunjukkan rasa kasih sayang kita dengan adik beradik sendiri dengan mencium dan memeluk mereka. Bukan sesiapa pun, abang saya juga." 

"Sebab itu kalau ada yang pernah terserempak saya begitu mesra dengan dia, orang akan salah anggap seperti pasangan kekasih. Namun saya pasti, jika mereka melihat muka abang saya pasti dapat cam kami mempunyai iras muka yang sama." 

"Kalau betul lelaki yang saya ada dalam gambar tu kekasih saya, saya tidak akan bertindak bodoh dengan memuat naik gambar tersebut untuk dilihat umum. Sudah-sudahlah dengan gambar yang lepas. Saya tidak mahu ulang lagi kesilapan dulu dengan memuat naik gambar yang boleh mencetuskan kontroversi."
Zarina turut memberitahu bahawa dia agak kesal dengan tanggapan segelintir pihak yang terus membuat jangkaan tanpa bertanya perihal gambar tersebut. 

"Saya agak kesal dengan segelintir masyarakat yang gemar membuat kesimpulan selepas melihat gambar-gambar seperti itu, namun saya tidak tertekan dan anggap perkara ini boleh diselesaikan dengan cara yang baik,"

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis