Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, March 16, 2013

Artis Cantik Fobia cinta

Pelakon Cantik Fobia Bercinta - Elfaeza Ul Haq

Ini berikutan dia pernah dikecewakan apabila cinta hatinya tidak kesampaian dan putus di tengah jalan empat tahun lalu

Memetik laporan portal gua.com.my, Elfaeza, 28, atau lebih dikenali sebagai Elfa ini menyatakan, “setiap wanita pasti ingin berkahwin dan mempunyai anak. Dulu saya sasar untuk berkahwin pada umur 24 tahun, namun sebagai manusia, kita hanya boleh merancang saja. Kali terakhir saya bercinta pada tahun 2008 dan waktu itu saya memang serius dalam perhubungan dan ada perancangan untuk berkahwin.
“Namun nak buat macam mana, tak ada jodoh antara kami. Buat masa ini saya belum mempunyai cinta hati lagi dan berserah semuanya pada Allah. Tidak dinafikan, saya kini fobia bercinta.
Apapun, kalau ada jodoh kelak, saya mahukan lelaki yang bertanggungjawab, rajin bekerja, penyabar serta penyayang,” ujar Elfa yang kini memasang impian untuk menamatkan zaman solonya pada umur 30 tahun.

Pelakon kelahiran Singapura ini juga berazam untuk terus lebih maju pada tahun ini dalam bidang lakonan terutamanya lakonan filem serta menghasilkan sebuah lagu untuk melengkapkan karier perjalanan seninya di sini.
Moga-moga tercapai segala keinginan Elfa itu ya!

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis