Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, March 14, 2013

4 Alasan Prempuan Tak Prlu Make Up

4 Alasan Perempuan Tidak Perlu Pakai Make Up

Beberapa wanita berasa tidak percaya pada diri dan tidak cantik jika tidak menggunakan make up

. Mungkin ini terdengar sedikit pelik, namun tidak menggunakan make up juga boleh menguntungkan bagi kaum wanita. Anda ingin tahu kenapa? Sila baca dibawah ini, seperti yang dinyatakan oleh Times of India (10/12).

1.  Membazir Wang

Tempat make up wanita biasanya dipenuhi dengan produk kecantikan yang jarang didapati, bahkan tidakpernah mereka gunakan. Jika ini terjadi, maka bukan produk itu saja yang sia-sia, Anda juga telah membazirkan wang. Untuk menjimatkan wang, beli kosmetik apabila perlu dan gunakan pada waktu tertentu sahaja. Ketika tidak harus menggunakan make up, Anda tidak perlu menggunakannya.

2.  Kulit Kurang Bernafas

Menggunakan make up sama halnya dengan memberikan bahan kimia terus-menerus pada kulit wajah. Tidak ada salahnya jika tidak selalu menggunakan make up supaya kulit anda boleh bernafas. Selain itu, kulit juga organ tubuh yang memerlukan rawatan.

3.  Cantik Semulajadi

Percayakah Anda bahwa setiap wanita memiliki kecantikan semulajadi? Bukankah sangat bangga ketika seseorang memuji kecantikan anda ketika tanpa menggunakan make up? Kadang-kadang yang memerlukan untuk menjadi cantik bukanlah make up. Cukup hanya dengan perasaan bahagia dan sebuah senyuman di wajah Anda.

4.  Contoh yang baik

Kadang-kadang tidak menggunakan make up boleh memberikan pesan positif pada orang yang melihat Anda. Contohnya ketika Anda ingin memberikan contoh pada anak atau gadis muda. Tanpa make up akan menunjukkan pada mereka bahawa mereka tidak perlukan make up untuk tampil cantik.

Itulah beberapa alasan wanita tidak harus selalu menggunakan make up. Ianya adalah untuk kesihatan diri anda dan juga untuk percaya kekuatan pada diri sendiri

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis