Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, February 3, 2013

Warga emas OKU dicekup leka main judi

SUBANG JAYA – Tidak padan dengan usianya yang sudah lanjut dan kurang upaya, seorang lelaki dicekup ketika leka bermain judi di sebuah pusat siber
di SS14, dekat sini, kelmarin.

Dia yang bertongkat dan tidak sempat melarikan hanya mampu menundukkan wajahnya ketika premis itu diserbu.

Dalam serbuan terbabit, hanya dia berada dalam premis yang menempatkan 25 komputer berperisian perjudian terbabit.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Ahmad Hasan berkata, premis dikenal pasti berdasarkan pemantauan dilakukan anggotanya di kawasan itu.

Menurutnya, curiga dengan keadaan pintu depan sebuah kedai barangan logam, anggota kemudian melakukan pemeriksaan di bahagian dalam.

Ahmad berkata, mengejutkan apabila kedai barangan logam berkenaan hanya ‘wayang’ untuk menutup sebuah pusat siber haram di bahagian belakang.

Jelasnya, pengusaha meletakkan beberapa barang logam di bahagian depan kedai seolah-olah kedai itu menjual barangan terbabit namun aktiviti perniagaan haram berselindung di sebaliknya.

“Hasil maklumat awam dan risikan anggota, premis terbabit diperiksa sebelum berjaya mencekup seorang warga emas yang juga orang kurang upaya (OKU) di pusat siber terbabit.
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis