Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, February 24, 2013

Tidak Serasi Punca Puteri Sarah Liyana Putus Cinta


 Tiada Keserasian Punca Puteri Sarah Liyana & Ammar Alfian Putus Cinta
Sekitar September 2012, Puteri Sarah Liyana ada memberikan kenyataan kepada media yang beliau sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga dengan kekasih hatinya, Ammar Alfian.
Tetapi tidak disangka, dua bulan selepas itu hubungan pasangan yang telah bercinta selama 5 tahun ini telah pun berakhir dan ianya diakui sendiri oleh pihak lelaki kepada mStar Online.
“Sebenarnya setiap hari timbul rasa kesal dengan perpisahan kami tetapi hendak buat macam mana sebab kami sudah tidak serasi lagi”
“Perpisahan itu berpunca daripada kesilapan saya yang tidak pandai menghargai hatinya ketika bersama dulu,” ujar Ammar Alfian merahsiakan perpisahan ini demi menjaga nama Puteri Sarah Liyana.
Pelakon lelaki ini turut berkata yang fitnah daripada orang orang sekeliling terhadap beliau yang disampaikan kepada kekasihnya membuatkan Puteri Sarah Liyana akhirnya tawar hati.

“Saya sudah berusaha untuk meyakinkannya bahawa itu hanya fitnah tetapi ia sukar untuk memulihkan persepsinya kepada saya,” ujarnya lagi selain mengakui Puteri Sarah Liyana sudah mempunyai kekasih baru.
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis