Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, February 4, 2013

Terbaring di jalan 20 minit

KUALA ROMPIN -
 Seorang warga emas yang mengalami cedera parah akibat kemalangan terpaksa berbaring di atas jalan selama 20 minit sebelum dihantar orang awam ke Klinik Kesihatan
Bandar Tun Razak,

Lebih malang, setelah menerima rawatan di klinik itu, mangsa yang terpaksa dikejarkan ke Hospital Segamat (HS) Johor terpaksa menunggu 30 minit lagi berikutan kelewatan ambulans tiba di klinik terbabit.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Shahrul Iman Jamhari, 75, dari Felda Keratong 4, patah kedua-dua kaki selain pendarahan beku dalam kepala.

Saksi kejadian, Mohd Zahafis Abd Razak, 25, berkata, mangsa yang menunggang motosikal Modenas Kriss dirempuh sebuah motosikal Yamaha RXZ dari arah tepi sewaktu membelok ke sebuah Simpang Felda Keratong 4.

“Warga emas terbabit dipercayai cuba masuk ke simpang berhampiran sebuah kedai makan berhampiran, bagaimanapun penunggang motosikal Yamaha RXZ yang berada di belakang motosikal mangsa tidak sempat membrek lalu melanggar mangsa,akibat rempuhan kuat itu, mangsa tercampak ke bahu jalan menyebabkan kepalanya terhentak.

“Manakala penunggang motosikal Yamaha RXZ itu pula tercampak sejauh kira-kira empat meter dari tempat kejadian
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis