Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, February 17, 2013

Tak sempat beli hadiah

 BUKIT KATIL -
 Hasrat seorang lelaki untuk memberi hadiah kepada isteri sempena ulangtahun perkahwinan, Mac depan, berkecai apabila isterinya maut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, semalam
.Dalam kejadian kira-kira 6.15 pagi itu, mangsa, S. Ponmani, 36, dari Pondok Batang, Nyalas, bersama tiga wanita warga emas lain dalam perjalanan menuju ke kilang tempat mereka bekerja sebagai tukang cuci di Batu Berendam,
Van kilang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Persimpangan Tun Kudu - Tehel, , semalam.

Suami mangsa, B. Saravanan, 37, berkata kali terakhir dia menemui mangsa ketika mereka tidur bersama di rumah ibunya di Kampung Air Merbak, Jasin, kira-kira 11 malam kelmarin.

“Sebelum kami melelapkan mata, dia ada bertanyakan tentang hadiah untuknya sempena Hari Valentine, tetapi saya hanya mendiamkan diri dan terus tidur.
“Saya bercadang memberikannya hadiah pada sambutan ulangtahun perkahwinan kami yang kelapan pada 25 Mac depan,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Melaka,
Dia bagaimanapun sedih apabila hasrat tersebut tidak kesampaian apabila isterinya itu meninggalkan dirinya serta anak lelaki mereka, S. Nareshan, 6, buat selama-lamanya.
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis