Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, February 24, 2013

Sikap ganjil tanda ajal di Jalan Bukit Rambai-Tanjung Minyak


  BUKIT RAMBAI -
Seorang bapa tidak menyangka sikap ganjil anak yang sempat bersalaman sambil berpelukan dengan beberapa rakan sekolah sebelum keluar menuju ke rumah seorang kawan sebagai petanda ajalnya sudah tiba.



Nor Shaharani Yaakub, 47, berkata, ketika kejadian itu dia sedang berada di rumahnya di kuarters kakitangan penjara di Sungai Udang.Menurutnya, kejadian itu dimaklumkan oleh rakan-rakan, beberapa jam sebelum anaknya, Aminur Asyraff, 17, terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga maut di tempat kejadian di Jalan Bukit Rambai-Tanjung Minyak , malam kelmarin.

Beliau berkata, pada malam kejadian, anaknya sempat menikmati makan malam bersama keluarga sebelum meminta izin untuk keluar sebentar ke rumah seorang rakan di Bukit Rambai.

“Pada masa itu, saya tidak mengesyaki apa-apa sebab memang biasa dia keluar ke rumah rakan. Sehinggalah seorang kenalan menghubungi saya memaklumkan anak kedua saya itu terlibat dalam kemalangan.

“Saya berasa tidak sedap hati kerana pada mulanya rakan yang menghubungi saya menyuruh kami sekeluarga terus ke hospital namun kemudiannya menyarankan saya terus ke lokasi kejadian kerana ambulans enggan mengangkat anak saya
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis