Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, February 23, 2013

Sekuriti maut kemalangan

 SUNGAI PETANI –
 Seorang pengawal keselamatan yang menunggang motosikal dalam perjalanan ke arah pusat bandar, maut apabila kenderaannya terbabas dalam kejadian kira-kira jam 3 petang
Mangsa, Syed Irfan Rendra Syed Saleh, 37, yang menunggang dari arah Bakar Arang menuju ke pusat bandar Sungai Petani itu dikatakan terbabas sebelum terjatuh daripada motosikal menyebabkan dia tergolek di atas jalan raya beberapa kali.

Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, kemalangan itu berlaku apabila mangsa dikatakan gagal mengawal motosikal sebelum terbabas berdekatan sebuah masjid.

“Apabila sampai ke tempat kejadian, saya nampak mangsa sudah berada di tengah jalan raya dengan kecederaan parah di kepala.

“Difahamkan, mangsa terbabas sendiri kerana saya dapati tiada kenderaan lain berada di lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya, orang ramai turut memperlahankan kenderaan ketika sampai di lokasi kejadian untuk melihat dengan lebih jelas keadaan yang menyebabkan kesesakan.

“Mangsa dikatakan terpelanting dan tergolek beberapa kali di atas jalan raya menyebabkan dia mengalami pendarahan di kepala berdasarkan kesan darah boleh dilihat,
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis