Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, February 1, 2013

Reen Rahim bukti kemampuan

image

MULA dikenali sebagai juara menerusi program realiti Pilih Kasih musim ketiga,

pemilik nama Reen Rahim kini dilihat semakin optimis menjalani karier lakonannya.
Tidak hanya diberi tawaran mengembangkan bakatnya menerusi drama bersiri, Reen turut diberi peluang menerokai lakonan dalam pementasan layar perak.
Menurutnya, lakonan drama dan filem dua perkara berbeza di mana masing-masing memiliki kelebihan dan cabarannya tersendiri.
“Selepas sahaja tamat dengan perjalanan pertandingan Pilih Kasih, saya terus diberi peluang untuk berlakon dalam filem.
“Namun memandangkan saya hanya memegang watak ringan, ia tidaklah terlalu memberi cabaran buat saya sehinggalah saya diberi peluang berlakon dalam beberapa buah drama,” katanya.
Tambahnya, walaupun memegang gelaran juara dalam Pilih Kasih, itu bukanlah satu tiket buat dirinya untuk terus bersenang lenang untuk meneruskan karier lakonannya.
“Walaupun pentas Pilih Kasih beri saya satu platform yang baik untuk ceburi bidang ini, namun saya akui pada awalnya agak gementar kerana tidak memiliki ilmu yang cukup dalam bidang ini.
“Lebih-lebih lagi dengan gelaran juara yang saya pegang, ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana bagi saya kemenangan tersebut merupakan tanggungjawab besar buat diri saya.
“Bagaimanapun, saya tidak anggap kejuaraan itu sebagai satu beban dan melihatnya dari sudut positif untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam karier ini,” jelasnya.
Selain terlibat dalam drama Sahara yang kini sedang ditayangkan menerusi saluran Astro Ria, Reen bakal tampil dengan dua filem iaitu Gangster Celop dan Balun.
Belum puas
Hampir setahun terlibat dalam industri lakonan, Reen memberitahu dirinya masih belum puas dengan watak yang diberikan kepadanya. Sama seperti pelakon-pelakon baru lain, Reen mahu mencuba pelbagai watak untuk menjadi lebih versatil.
“Sebelum ini memang saya banyak melakonkan watak antagonis dan sebagai pelakon baru, saya harus menerima tanpa memilihnya.
“Setelah dinasihati ibu, saya mula memikirkan untuk cuba membawa watak lain.
Bagaimanapun, dia tidak mahu terlalu memilih memandangkan karier lakonannya baru sahaja bermula namun dia mengatakan pada masa yang sama akan mencari peluang yang lebih baik.
“Saya bersyukur kerana ada pengarah yang percaya pada bakat saya dengan memberikan watak yang baik menerusi drama Sahara.
“Banyak perkara yang saya belajar menerusi watak ini dan mengharapkan lakonan ini dapat beri kesan kepada penontonnya,” katanya.
Terima sokongan keluarga
Anak kelahiran Klang ini bagaimanapun bersyukur kerana perjalanan yang penuh liku yang terpaksa dilaluinya sentiasa mendapat sokongan daripada keluarga tercinta.
“Walaupun pada awalnya mereka agak risau saya menceburi bidang ini, saya cuba buktikan kemampuan saya untuk yakinkan mereka.
“Alhamdulillah, mereka dapat lihat bakat saya dengan baik dan tidak pernah putus memberi galakan kepada saya,” ujarnya.
Reen memberitahu, dia telah meletakkan masa selama dua tahun untuk dirinya untuk menjadi seorang pelakon yang baik.
“Dalam masa ini saya mahu belajar lebih banyak dan kalau boleh, saya tidak mahu melepaskan peluang yang datang kepada saya.
“Selagi mampu saya akan teruskan usaha untuk jadi yang terbaik supaya tidak menghampakan mereka yang sentiasa memberi semangat kepada saya,

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis