Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Wednesday, February 13, 2013

Prtandingan dapat sambutan ramai

KUALA LUMPUR -
 Pertandingan Filem Pendek Inspirasi P. Ramlee anjuran Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) terus mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai apabila 100 penyertaan diterima setakat ini.

Penolong Pengarah Perhubungan Korporat dan Antarabangsa Aswara, Wan Hazelinda Mohamed (gambar kecil) berkata, ramai juga yang menghubungi Aswara bertanyakan pertandingan tersebut selain mengesahkan penyertaan.
"Ada juga peserta datang sendiri ke Aswara dan menyatakan minat untuk menyiapkan filem pendek seperti yang dikehendaki.
"Para peserta kini sedang bertungkus-lumus menyiapkan karya masing-masing dan saya percaya ramai sudah berada pada fasa terakhir iaitu proses penyuntingan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Pertandingan Filem Pendek Inspirasi P. Ramlee diadakan bagi mencungkil bakat orang ramai terutama golongan pelajar yang mampu menghasilkan karya kreatif dengan idea-idea segar dan baharu bertemakan mana-mana filem arahan seniman agung negara itu.
Filem pendek berdurasi lima ke tujuh minit itu hendaklah menampilkan idea asal peserta tetapi mesti menggunakan satu atau dua watak serta ayat atau ungkapan popular dalam mana-mana filem P. Ramlee.
Sementara itu, katanya, peserta perlu memastikan jalan cerita mempunyai keaslian tersendiri dan tidak diciplak.
"Meskipun mereka diwajibkan mengguna dialog dan watak terdahulu dalam filem P. Ramlee, jalan cerita perlu berbeza dan diberi nafas baharu kerana dari situlah kreativiti mereka dinilai,

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis