Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Wednesday, February 13, 2013

Polis ada 54 saksi untuk inkues



KUALA LUMPUR - 
Polis membayangkan pihaknya akan menggunakan khidmat 54 saksi dalam inkues bagi mencari punca kematian seorang kanak-kanak William Yau Zhen Zhong yang dilaporkan hilang pada 16 Januari lalu sebelum ditemui mati di Pelabuhan Klang lapan hari kemudian.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, tidak semua saksi akan dipanggil dalam inkues tersebut yang tarikhnya akan ditetapkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.
"Tujuan utama inkues adalah untuk menentukan sebab kematian mangsa, sekiranya ada faktor kecuaian dan penglibatan individu lain, pihak polis akan menjalankan siasatan semula.
"Setakat ini kita masih berpegang kepada teori yang mengatakan William mungkin hanyut selepas terjatuh berdasarkan kepada keterangan ibunya yang mengatakan pakaian yang ditemui pada mayat itu adalah sama dengan pakaian sewaktu dia hilang," katanya ketika dihubungi semalam.
Baru-baru ini Kosmo! melaporkan, mayat William ditemui terapung di Sungai Sireh, Pelabuhan Klang selepas ibu bapanya, Goh Ying Ying, 28, dan Yau Kok Kang, 32, mengenal pasti mayat itu sebagai anak mereka berdasarkan kesan parut di belakang kepala dan dahi.
William dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar daripada kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik di Putra Heights, Subang Jaya.
Polis yang menyerahkan laporan penuh kertas siasatan berhubung kes itu kepada Pejabat Peguam Negara kemudian diarahkan membuat inkues bagi mencari punca sebenar kematian kanak-kanak tersebut Jumaat lalu.

No comments:

Post a Comment

ShareThis