Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, February 11, 2013

Pantang maut sebelum ajal dalam kemalangan di Jalan Panji


 KOTA BHARU 
 Pantang maut sebelum ajal. Empat kenderaan mengalami kerosakan teruk dalam kemalangan di Jalan Panji
Bagaimanapun kesemua pemandu dan penumpang kenderaan itu hanya mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan serta kaki dan kini ditempatkan di wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk menerima rawatan susulan.

Menurut saksi, Nurzafina Zainal Abidin, 28, ketika kejadian dia berada di dalam kedai runcit milik keluarganya sebelum dikejutkan dengan bunyi brek yang kuat.

“Tidak sampai lima minit kemudian, saya nampak sebuah kereta Proton Perdana dari arah Panji melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard dari arah bertentangan selepas memotong kereta yang berada di depannya dan menyebabkan kereta Perdana itu hilang kawalan dan berpusing.

“Selepas berpusing ia turut melanggar dua lagi kereta termasuk Perodua Myvi serta Viva yang turut berada di belakang kereta Alphard terbabit,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, pihak Bomba dan Penyelamat turut mengambil masa hampir setengah jam bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan itu.

Sementara itu, menurutnya kejadian terbabit merupakan kemalangan yang paling dahsyat sepanjang dia menjalankan perniagaan di kawasan itu sejak lebih 20 tahun lalu.

“Memang kerap berlaku kemalangan di kawasan ini, tetapi hanya kemalangan kecil yang melibatkan motosikal dan kereta.
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis