Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, February 12, 2013

Nahas babit empat kereta di Kilometer 117, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan,

KERTEH – 
“Saya hanya mampu mengucap ketika kereta berpusing,” kata juruteknik, Mohd Fathi Akma Che Ghani, 23, yang terlibat dalam nahas melibatkan empat kenderaan
di Kilometer 117, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat jambatan Rantau Petronas, di sini semalam.

Bagaimanapun, kesemua pemandu dan penumpang kereta berkenaan selamat dan tidak mengalami kecederaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.10 tengah hari itu, Mohd Fathi dan tunangnya, Rohaida Razali, 22, dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Mesra Mall, Kemasik sebelum secara tiba-tiba kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka terbabas lalu berpusing dan merempuh penghadang jalan besi semasa melalui lokasi kejadian.

Akibatnya, kereta yang dipandunya remuk teruk dengan beberapa komponen enjin dan tayar hadapan sebelah kanan tercabut.

Selang 20 minit kemudian, di lokasi sama, sebuah Proton Persona yang pada asalnya melalui lorong kiri dan difahamkan cuba menukar lorong ke kanan dirempuh Proton Saga yang berada di lorong kanan di belakangnya.

Gara-gara itu, sebuah Nissan Livina yang berada di belakang Proton Saga cuba mengelak lalu terbabas ke tengah jalan dan merempuh pembahagi jambatan.

Mohd Fathi berkata, ketika kejadian, dia hanya memandu pada kelajuan 60 kilometer sejam dan sebelum melewati jambatan, keretanya hilang kawalan kerana permukaan jalan berminyak.

“Namun, saya amat bersyukur kerana saya dan tunang selamat,” katanya yang bekerja di sebuah syarikat kontraktor di Cheras, Selangor dan datang bercuti menziarahi keluarga tunangnya di Kuala Terengganu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan kejadian kemalangan berkenaan.

Berikutan itu, beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati memandu terutama dalam keadaan jalan agak sibuk ketika ini kerana orang ramai yang pulang bercuti di kampung sempena cuti umum Tahun Baru Cina kembali ke rumah masing-masing.

“Sikap waspada orang ramai akan mengelakkan berlakunya kemalangan dan dapat mengelakkan kehilangan nyawa. Ingatlah orang yang tersayang,
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis