Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, February 3, 2013

Muka tercucuk serpihan kaca lori yang dipandu


MUAR –
Seorang lelaki nyaris maut selepas lori yang dipandunya merempuh tiang kabel Telekom
di hadapan Jalan Dato Haji Kosai, berdekatan Parit Raja kira-kira jam 8.15 malam, Tiam Tio Hok, 50an, dari Batu Pahat, cedera parah di muka selepas terkena serpihan kaca ekoran cermin depan lori yang pecah akibat rempuhan tersebut.

Lebih malang, seorang orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian tercedera di kepala kerana dihempap tiang Telekom tersebut ketika cuba menghalang lori lain daripada melintasi jalan berkenaan.

Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) selepas 10 minit kejadian untuk rawatan lanjut dengan bantuan orang ramai.lori tersebut dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Batu Pahat.

Akibat kemalangan itu, kedua-dua arah laluan di situ sesak hampir satu kilometer kerana dua tiang kabel Telekom tumbang menghalang lalu lintas.

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis