Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, February 1, 2013

Mayat rentung dalam kereta

KLUANG - Polis menemui mayat rentung dalam sebuah kenderaan yang terbakar di kawasan jalan masuk ke ladang
kira-kira 100 meter dari jalan utama Jalan Mengkibol-Simpang Renggam, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali berkata, kejadian tersebut disedari kira-kira jam 7.30 malam,  hasil maklumat orang awam yang melihat sebuah kenderaan terbakar dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kluang telah bergegas ke tempat kejadian.

“Selepas kebakaran berjaya dipadamkan, polis menemui satu mayat yang dipercayai lelaki berusia dalam lingkungan 60-an ditemui rentung di bahagian tempat duduk pemandu.

“Hasil siasatan awal, polis mendapati kejadian tersebut tidak mempunyai unsur jenayah dan dikategorikan sebagai mati mengejut.

“Namun, polis akan melakukan pemeriksaan DNA berikutan mayat tersebut sudah 100 peratus terbakar, menyukarkan pihak kami untuk mengenal pasti bangsa mayat tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Abdul Majid berkata, siasatan akan dijalankan Unit Forensik Polis dan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat, bagi mengetahui punca kejadian sebenar.
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis