Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, February 3, 2013

Mayat ditemui tergantung

ALOR SETAR - Mayat seorang pemuda berumur 22 tahun ditemui dalam keadaan tergantung pada sebatang pokok janggus di belakang rumah keluarganya
di Kampung Alor Selut, Jalan Alor Mengkudu di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, mayat Ezhar Azemi ditemui oleh bapanya pada kira-kira jam 7.30 malam kelmarin.

“Terkejut dengan kejadian itu, bapanya menjerit memanggil ahli keluarga yang berada dalam rumah untuk membantunya memotong tali yang menjerut leher anaknya itu sebelum membawa masuk mangsa ke dalam rumah,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Adzaman berkata, mangsa dipercayai meninggal dunia akibat jerutan di bahagian leher dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Punca sebenar mangsa mengambil tindakan sedemikian belum diketahui dan masih dalam siasatan pihak polis
,Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis