Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, February 2, 2013

Maut ditelan ombak

KUALA TERENGGANU - Hasrat empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Chendering, melepaskan tekanan belajar dengan bermandi manda di Pantai Chendering,
bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka mati lemas, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, mangsa, Nor Mohamad Fitrie Jusoh, 23, dari Lorong Che, Sekolah Kebangsaan Pasir Hor, Kelantan, pelajar semester tiga, Diploma Pengurusan Pejabat ditemui terdampar di pesisir pantai selepas hampir tiga jam operasi menyelamat dijalankan, iaitu kira-kira jam 10.50 malam.

Menceritakan detik kejadian, seorang rakan mangsa, Syarul Hanif Zukifli, 20, berkata, sebelum kejadian, hanya dia bersama dua lagi rakan termasuk mangsa mandi manakala seorang lagi berada di darat, sekadar memerhati.

“Ketika itu ombak sangat tenang dan hampir sejam mandi, kami ambil keputusan naik ke darat untuk pulang kerana cuaca makin gelap.

“Namun, dalam keseronokan untuk pulang, tiba-tiba kami dapat rasakan ombak makin kuat menarik kami semua,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Katanya, dalam keadaan kelam kabut, mereka bertiga masing-masing cuba menyelamatkan diri melawan ombak.

“Saya suruh arwah naik ke atas belakang badan saya namun dia hanya sempat memaut seketika sebelum dibawa arus.

“Beberapa kali saya dan dua lagi rakan cuba menyelamatkannya namun dia semakin jauh dihanyutkan arus dan selepas itu kami gagal melihatnya lagi kerana hari semakin gelap,” katanya.
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis