Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, February 3, 2013

Maut Akibat gagal memotong di hadapan stesen minyak Permatang Tok Dik

PADANG SERAI - 
Seorang pelatih Giat Mara maut apabila motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggangnya bertembung kereta jenis Proton Waja di hadapan sebuah stesen minyak berhampiran Permatang Tok Dik
kira-kira jam 9 pagi, kelmarin.

Ketua Trafik Kulim, Asisten Superintendan Ismail Ayob berkata mangsa dalam perjalanan dari Lunas menuju ke Padang Serai.

Menurutnya, tiba di tempat kejadian, mangsa cuba memotong kenderaan di hadapannya bagaimanapun bertembung dengan kereta dari arah bertentangan.

"Tempat kejadian merupakan laluan empat lorong di mana di tengahnya terdapat dua garisan berkembar.

"Mangsa mengalami cedera parah di  kepala, badan serta kaki dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat,” katanya kepada Sinar Harian.

Ismail menasihatkan supaya pengguna tidak menunggang motosikal dalam keadaan laju dan jangan memotong di garisan berkembar.
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis