Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, February 23, 2013

Martha Heredia ditangkap kerana dadah


SANTO DOMINGO Republik Dominica -
 Seorang pemenang program realiti televisyen Latin American Idol, Martha Heredia ditangkap kelmarin selepas polis menemui heroin seberat 1.3 kilogram di dalam kasut tumit tingginya,
kata pihak berkuasa semalam.
Pengarah Agensi Kawalan Dadah Kebangsaan Republik Dominica, Frank Duran berkata, dia ditangkap semasa hendak menaiki pesawat ke New York.
Polis turut mengarahkan Heredia menjalani ujian X-ray bagi memastikan tidak ada dadah di dalam tubuhnya.
Bagaimanapun, tiada sebarang dadah yang ditemui di dalam tubuhnya menerusi ujian itu.
Duran berkata, polis sedang menyiasat sama ada dia bekerja untuk sebuah kumpulan penyeludupan dadah.
Jika didapati bersalah, wanita tersebut akan dihukum penjara lebih 10 tahun.
Heredia yang berusia 22 tahun menjadi bintang di negara ini selepas dia memenangi program tersebut pada tahun 2009.
Pada tahun 2010, Heredia melanggar seorang remaja lelaki Haiti dengan keretanya semasa dia hendak menyeberangi sebatang jalan raya.
Remaja itu kemudian mati.
Heredia kemudian diarahkan membayar ganti rugi sebanyak AS$275,000 (RM852,912) kepada keluarga remaja tersebut.

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis