Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, February 23, 2013

Mangsa insiden langgaran dan tembak-menembak


LOS ANGELES - 
Seramai tiga orang terbunuh dalam satu insiden pelanggaran kereta dan tembak-menembak di Las Vegas Strip kelmarin,
.Seorang pemandu kereta sport Maserati terbunuh selepas dia ditembak dalam kejadian tersebut.
Polis turut memberi amaran bahawa suspek penembak yang dikehendaki itu masih bebas dan bersenjata.
Insiden itu bermula dengan satu pertengkaran di sebuah kawasan tempat meletak kereta di Hotel dan Resort Aria.
Selepas pertemgkaran itu, dua buah kereta mewah, sebuah Range Rover dan Maserati kemudian dipecut laju melalui jalan raya yang menuju ke arah deretan kasino di sini.
Pada pukul 4.30 pagi waktu tempatan, kedua-dua kenderaan tersebut kemudian memecut ke arah utara Las Vegas.
Penumpang Range Rover itu turut melepaskan tembakan ke arah kereta Maserati menyebabkan pemandunya mati.
Kereta Maserati itu merempuh sebuah teksi yang kemudian terbakar.
Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan beberapa buah kereta lain turut terkena tembakan.
Kereta Maserati itu tersadai di tepi jalan dalam keadaan remuk.
Dua orang di dalam teksi tersebut mati manakala empat orang lagi cedera.
Polis kini mencari kenderaan Range Rover itu.
Beberapa saksi menganggap kejadian tersebut seperti dalam filem Hollywood.
Jurucakap Polis Metropolitan Las Vegas, Jose, Hernandez berkata, motif kejadian masih belum diketahui.

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis