Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Wednesday, February 13, 2013

Lelaki ugut isteri dijel 6 bulan

 KOTA BHARU –
 Seorang penganggur didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan mengugut isterinya menggunakan alat pencungkil isi kelapa
baru-baru ini.
Majistret Muhamad Hafiz Mohd. Noor mendenda Muhammad Hafizol Salman, 19, selepas menerima pengakuan bersalahnya dan memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar wang berkenaan.
Tertuduh kemudian dihantar ke Penjara Pengkalan Chepa selepas gagal membayar denda tersebut.
Mengikut kertas pertuduhan, Muhammad Hafizol didakwa mengugut untuk membunuh isterinya, Nor Shuhada Abdullah, 21, dengan mengacukan alat pencungkil isi kelapa di sebuah rumah di Kampung Pasir Ara, Binjai di sini pada pukul 2 petang, 3 Februari lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Menurut fakta kes, tertuduh telah mengacukan senjata tajam tersebut dan mengugut bunuh sekiranya mereka bercerai.
Perbalahan tercetus apabila tertuduh berasa marah dengan tindakan isterinya menyuruh ibu mertuanya menyimpan rantai emas milik mangsa kerana bimbang dijual tertuduh.
Tertuduh dan isterinya telah mempunyai dua orang anak.

No comments:

Post a Comment

ShareThis