Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, February 25, 2013

Lana Nordin Tayang Kekasih


Foto-foto itu kelihatan seperti hanya mereka berdua sahaja bercuti dan seolah-oleh seperti berbulan madu ketika menyambut Hari Kekasih pada tanggal 14 Februari lalu..
Bagi mendapat kepastian mengenai foto-foto tersebut, portal murai.com.my telah bertanyakan sendiri mengenai percutiannya itu. Ternyata Lana menafikan bahawa hanya dia berdua dia dengan kekasihnya yang berasal daripada Republik Czech itu saja yang bercuti di Pulau Bali baru-baru ini. Sebaliknya, dia turut bercuti bersama rakan-rakannya yang lain.

“Sebenarnya foto itu mereka ambil daripada laman Instagram yang saya muat naik sendiri. Tiada apa yang perlu diselindung dalam foto itu kerana ia kelihatan kami seperti bercuti sahaja.

“Malah, saya bukan hanya bercuti berdua sahaja tetapi dengan 12 orang kawan-kawan saya yang lain. Kami berada di sana selama 5 hari dan ia hanya sekadar percutian biasa,” katanya kepada murai.com.my



Lana dan Parvel sudah menjalinkan percintaan sejak 8 bulan lalu dan mereka kini sedang menjalani percintaan jarak jauh.


Tahun lalu, Lana pernah menggemparkan hiburan tanah air apabila gambarnya bercuti di Bali dengan mengenakan top bikini yang kelihatan seperti berpakaian separuh bogel telah tersebar di laman sesawang.

Apabila ditanya adakah Lana tidak bimbang dengan persepsi orang mengenai foto-foto yang dimuat naiknya itu, Lana memberitahu, kali ini dia lebih berhati-hati dalam setiap tingkah lakunya.

“Cukuplah, apa yang sudah berlaku kepada saya tahun lalu. Kali ini saya akui lebih berhat-hati dan tidak mahu kontroversi itu berulang lagi,
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis