Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, February 23, 2013

Lagi sindiket jual bayi dibongkar


GEORGE TOWN -
 Kesungguhan polis untuk terus menggempur kegiatan haram sindiket memperdagangkan bayi yang pernah dibongkar bulan lalu membuahkan hasil apabila pihak berkuasa itu menemui 21 lagi bayi termasuk seorang kanak-kanak lelaki.

Polis turut memberkas 43 individu yang merupakan keluarga angkat bayi dan kanak-kanak tersebut selepas membuat serbuan serentak di tujuh negeri kelmarin.
Daripada jumlah itu, 19 adalah lelaki dan dua wanita asing dari Singapura dan Indonesia.
Selain bayi, polis turut merampas MyKid, sijil lahir dan kad rawatan kesihatan bayi serta kanak-kanak daripada keluarga angkat masing-masing.
Mereka yang diberkas berusia 27 hingga 57 tahun dan bekerja sebagai pensyarah, jurutera, ahli perniagaan dan pegawai bank.
Kesemua mereka terdesak untuk memiliki anak kerana tidak dikurniakan sebarang cahaya mata sejak berkahwin selama beberapa tahun.
Difahamkan, tiga lagi bayi dan kanak-kanak yang dijual telah dibawa oleh keluarga angkat masing-masing untuk menetap di Singapura, Indonesia dan Kanada.
Polis sudah mengenal pasti identiti mereka dan sedang menunggu kerjasama pihak berkuasa negara berkenaan untuk membawa pulang mangsa.
Mangsa-mangsa yang berusia sebulan hingga sembilan tahun itu ditemui di Pulau Pinang (2), Selangor (7), Johor (3), Perak (3), Kuala Lumpur (4), Pahang (1) dan Negeri Sembilan (1).

No comments:

Post a Comment

ShareThis