Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, February 23, 2013

Kelapa hempap kepala di Kampung Tasek Bakong,

 
Rantau Panjang:
 Malang buat seorang penoreh getah berusia 50 tahun apabila sebiji kelapa muda jatuh tepat ke kepalanya mengakibatkannya pengsan ketika berbual dengan rakan dan isterinya di pekarangan rumah
  dedi Kampung Tasek Bakong,
Dalam kejadian jam 6.15 petang itu, warga Thailand, Mat Jidin Teh, 50, berbual dengan rakannya, Ibrahim Ismail, 56, serta isterinya, Rosidah Daud, 52, apabila buah kelapa muda seberat tiga kilogram jatuh dari pokok setinggi enam meter.
Mangsa turut cedera di kepala dan sedar semula daripada pengsan lalu mengerang kesakitan di pangkuan isterinya sebelum dibawa ke Hospital Pasir Mas menggunakan ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Rantau Panjang.

Bagaimanapun, mangsa dibawa pula ke Hospital Sungai Golok, Thailand oleh ahli keluarganya untuk rawatan lanjut.

MAT JIDIN dibawa ke ambulans JPAM untuk menerima rawatan.

Keadaannya kini dilaporkan stabil, namun tidak boleh mengerakkan badan dan tidak boleh membuang air kecil serta besar.
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis