Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Wednesday, February 13, 2013

Kebas kain penutup jenazah


CHANIS – “
Tak sangka, kain penutup jenazah pun dia kebas,” itu luahan seorang mangsa pecah rumah, Nordin Ali, 40, selepas kediamannya di Felda Keratong 7, dimasuki pencuri
.Nordin berkata, tiga helai kain penutup jenazah mertuanya itu diletakkan dalam sebuah beg konvokesyen seorang anaknya di bilik utama rumah tersebut.

Malah menurutnya, penjenayah itu juga sanggup mencuri syiling yang diletakkan di ruang solat rumahnya.

“Saya tak tahu apa yang ada dalam fikiran pencuri itu hingga sanggup curi kain penutup jenazah walaupun ia tidak lagi bernilai kerana sudah digunakan bagi menutup mayat si mati.

“Lebih mengecewakan ruang solat yang menempatkan beberapa naskah al-Quran dan sejadah digeledah untuk mencari wang,” katanya ketika  ditemui Sinar Harian.

Tiada di rumah ketika kejadian

Menurut Nordin, ketika kejadian itu, dia dan keluarganya tiada di rumah kerana berkunjung ke rumah seorang anaknya di Kuantan.

Katanya, sebaik pulang ke rumah, dia dapati tingkap dapur tidak ditutup rapat, selain pakaian dalam bilik berselerak atas lantai.

“Malah saya dapati kain batik dan pelekat yang akan digunakan ketika kenduri kahwin anak turut dicuri.

"Tapi saya tidak tahu pencuri pecah masuk pada Jumaat atau Sabtu, kerana tiada di rumah," katanya.

Menurutnya, dia percaya kecurian berlaku disebabkan tinggal beberapa hari saja lagi dia bakal menerima menantu iaitu pada 23 Februari depan.

“Mungkin pencuri ingat rumah kami banyak duit hingga sanggup pecah masuk.

"Sedangkan semua duit kami simpan dalam bank kerana kawasan ini tidak lagi selamat lagi disebabkan banyak kes kecurian,”
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis