Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, February 2, 2013

Iqa teruskan berjuang

DEMI mengembalikan era kegemilangan girl band tanah air, Iqa (bekas finalis Mentor 5) muncul dengan imej terbaru untuk mengeskplorasi visi muziknya
di dalam sebuah kumpulan yang diberi nama Velvet.

Menariknya, Velvet merupakan satu-satunya kumpulan rock daripada KRU Music yang membariskan ahli wanita yang terdiri daripada Iqa (vokalis/pemain bass), dan dua pendatang baru industri muzik tanah air iaitu Alea (pemain gitar utama) dan Shana (pemain gitar kedua).

Biarpun baru, tetapi Alea dan Shana berpengalaman beraksi di pentas indie.

Velvet bermaksud lembut seperti baldu. Ini memberi simbolik kepada Velvet yang diterajui oleh wanita di mana unsur-unsur feminisme masih dikekalkan bersesuaian dengan konsep dan genre lagu yang dibawa walaupun memperjuangkan irama rock.

Single berjudul Luka merupakan taruhan pertama Velvet yang berkonsepkan pop rock dan komersil dan KRU Music yakin Luka bakal mendapat respons positif dan mampu diterima peminat muzik rock tanah air.
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis