Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, February 2, 2013

Ibu pejabat syarikat minyak Mexico meletup

MEXICO CITY -
 Satu letupan besar menggegarkan ibu pejabat syarikat minyak milik kerajaan Mexico, Pemex kelmarin membunuh sekurang-kurangnya 25 orang dan mencederakan lebih 100 yang lain
.
Beribu-ribu orang dipindahkan dari bangunan setinggi 54 tingkat terbabit. Letupan yang berlaku pada pukul 3.40 petang waktu tempatan itu meranapkan ruang tambahan yang bersambung dengan bangunan utama dan tiga tingkat bangunan berkenaan.
Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto mengarahkan kerja-kerja menyelamat diteruskan. Punca sebenar letupan masih belum diketahui.
Seorang jurucakap agensi perlindungan awam memberitahu, wujud pengumpulan gas yang ketara di dalam bilik bekalan elektrik.
"Kami hanya ada dua minit untuk keluar dari bangunan. Bunyi letupan membingitkan telinga. Lantai juga bergegar seperti dilanda gempa bumi," kata seorang kakitangan Pemex
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis