Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, February 17, 2013

Honda EX5 kena gantung akibat cubaan curi wang masjid

 MARANG –
 Berang dengan tindakan dua lelaki cuba mencuri wang tabung masjid, penduduk Kampung Surau Haji Mat Zain menggantung motosikal ditinggalkan suspek pada sebatang tiang telefon
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam kelmarin, seorang penduduk ternampak dua lelaki menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan di dalam perkarangan masjid kampung itu.
kehadiran dua lelaki itu kemudiannya dimaklumkan kepada beberapa penduduk berdekatan sebelum mereka bergegas ke masjid untuk membuat pemeriksaan.

“Kehadiran penduduk mengejutkan dua suspek terbabit yang kemudiannya melarikan diri dan meninggalkan motosikal dinaiki mereka. Selepas pemeriksaan, penduduk mendapati tabung masjid berpindah tempat.

“Tabung yang terletak di ruang solat utama lelaki itu didapati dipindahkan ke tempat solat wanita, dua suspek terbabit dipercayai ingin mengambil wang dalam tabung itupenduduk yang berang dengan perbuatan itu bertindak menggantung motosikal dinaiki suspek pada tiang telefon berdekatan masjid.

“Penduduk kampung berjaga sehingga Subuh, menunggu dua suspek terbabit jika mereka datang menurunkan motosikal. Namun mereka tidak berbuat demikian sehingga pagi tadi,” katanya semalam.

Zaidi berkata, motosikal jenis Honda EX5 itu kemudiannya diturunkan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis