Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, February 17, 2013

Hajat Kuswadinata bercuti di Pulau Kapas tidak kesampaian


 PERCUTIAN bersama keluarga ke Pulau Kapas, Terengganu adalah hajat terakhir Kuswadinata, namun ia tidak kesampaian apabila pelakon veteran itu meninggal dunia petang semalam.
Isteri Allahyarham, Kamariah Mohd Said, 57, berkata Kuswadinata sering menyuarakan hajatnya itu semasa beliau terlantar di hospital sejak tahun lepas.
  
"Beliau sering berkata ingin ke sana selepas pulih daripada penyakitnya, namun hajatnya tidak kesampaian,bila meninggal dunia di Hospital Ampang pada 5.07 petang susulan beberapa penyakit yang dihadapi termasuk kanser usus dan buah pinggang
.Allahyarham, yang meninggalkan dua isteri, sembilan anak, 14 cucu dan seorang cicit, akan dikebumikan hari ini.
  
Dilahirkan di Singapura, Kuswadinata memulakan kerjaya sebagai pelakon pada 1957 menerusi syarikat perfileman Cathay Keris.

 Antara rakan artis yang menziarahi jenazah ialah Rosyam Nor, Aznah Hamid dan Aziz Singah.
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis