Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, February 26, 2013

Gadis Cantik Bersin 12 Ribu Kali Tiap Hari

Jika dilihat pada fizikal, dia kelihatan sama seperti kanak-kanak lain yang seusia dengannya, tetapi apa yang membezakan gadis ini dengan kanak-kanak yang lain ialah penyakit bersin yang dialaminya
ini.

Inilah Lauren Johnson yang mengalami simptom bersin sebanyak 12 ribu kali sehari. Mengikut anggaran,dia akan bersin lebih 20 kali dalam masa seminit.

Itulah situasi yang perlu dilalui dan dihadapi setiap hari oleh gadis yang berasal dari Virginia, Amerika Syarikat ini. Menurut ibu kepada Lauren, Lynn Johnson, fenomena pelik menimpa anaknya ini bermula daripada selsema yang dihadapinya selama 2 minggu. Ketika itu Lauren hanya bersin seperti biasa.

Namun apabila selsemanya hilang, bersinnya masih lagi ada malah semakin menjadi-jadi. Jelas Lynn lagi,simptom bersin berterusan ini bukan sahaja membimbangkan anaknya, malah dia turut berasa bimbang setiap kali mendengar anaknya bersin. Ekoran daripada simptom itu, Lauren terpaksa menangguhkan persekolahan sehingga kesihatannya benar-benar pulih.

Sepanjang tempoh itu, waktu makannya sering terganggu akibat bersin yang tidak henti-henti. Jelas Lauren, dia hanya berasa selesa ketika waktu tidur sahaja kerana waktu itulah dia tidak mengalami sebarang bersin.

Perbincangan mengenai fenomena ini telah mendapat perhatian ramai ahli perubatan di seluruh dunia. Namun apa yang membingungkan, sehingga kini para doktor yang merawatnya masih belum dapat memastikan jenis penyakit yang dihadapi Lauren. Walaupun begitu, para doktor menyifatkan Lauren mengalami sindrom 'machine gun sneezing".
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis