Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, February 10, 2013

Detik cemas tiga beranak di persimpangan lampu isyarat Kampung Paya Lebar, Lubok China,

ALOR GAJAH - Tiga beranak nyaris maut apabila kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta Toyota Celica sebelum terhumban ke dalam longkang di persimpangan lampu isyarat Kampung Paya Lebar, Lubok China, kira-kira 8.50 malam
Dalam kejadian itu, Perodua Myvi yang dipandu Mohd Ridwan Idris, 26, bersama ibunya, Kadariah Bachik, 57, dan adiknya, Nurjamiatul Bariah, 23, dari Kampung Sungai Jernih menuju ke pekan Kuala Sungai Baru.

Sumber memberitahu, ketika itu dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Masjid Tanah dari tempat kerjanya menyedari Toyota Celica yang dipandu laju seorang lelaki berusia lingkungan 20-an melanggar lampu isyarat.

"Kereta itu yang berada di belakang saya secara tiba-tiba memotong kereta saya menyebabkan dua kereta di hadapan memasuki laluan bertentangan.

"Sebaik kereta itu melepasi kereta paling hadapan, muncul kereta dinaiki Mohd Ridwan dan keluarganya sehingga berlaku rempuhan. Toyota Celica itu hilang kawalan dan merempuh tebing pembahagi jalan sebelum terhenti di laluan selekoh dari Ramuan China Kechil menuju ke Kuala Sungai Baru," katanya.

Menurutnya, ketiga-tiga mangsa yang terperangkap di dalam Perodua Myvi dikeluarkan oleh beberapa orang awam.

"Mereka mengalami kecederaan ringan manakala pemandu Toyota Celica tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Sementara Mohd Ridwan berkata, dia bersama ibu dan adiknya dalam perjalanan ke pekan untuk membeli barangan keperluan rumah.

"Saya terkejut apabila melihat sebuah kereta muncul sebaik saja saya melepasi lampu isyarat sebelum dirempuh dan terbalik sejauh kira-kira 25 meter.

"Kami bersyukur terselamat dan mengalami kecederaan ringan. Adik dan emak dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk rawatan,
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis