Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, February 2, 2013

Cabul ibu sarat mengandung

SUNGAI PETANI –
 Seorang pembantu bengkel didenda RM4,500 dan penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda oleh mahkamah majistret  semalam selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang ibu yang sarat mengandung..
.Majistret Intan Nurul Farena Zainal Abidin menjatuhkan hukuman berkenaan ke atas Muhamad Saiful Azuwan Sawai, 28 tahun.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada Disember tahun lalu di rumah kedai Taman Patani Jaya, di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didapati menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan mangsa yang berusia 23 tahun itu kira-kira jam 2 petang di bahagian tangga rumah kedai terbabit.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis