Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, February 3, 2013

Buaya baham pekerja ladang ditangkap

Seekor buaya seberat hampir 500 kilogram yang dipercayai membaham seorang pekerja ladang kelapa sawit dua minggu lalu berjaya ditangkap
pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) di Sungai Teniku  semalam.
Reptilia ganas itu ditangkap menggunakan umpan bangkai ayam dengan mata pancingnya diikat pada tong minyak dan dibiarkan di sungai tersebut sejak seminggu lalu.
Dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi semalam, kelibat haiwan itu yang meronta-ronta cuba melepaskan diri selepas tersangkut pada mata pancing disedari beberapa pekerja ladang kelapa sawit.
Salah seorang pekerja ladang, Jefri Sarapam berkata, dia dan rakan-rakannya ternampak tong itu tenggelam timbul dan bergerak melawan arus.
"Tidak lama kemudian, air berkocak kuat dan seekor buaya timbul sambil meronta-ronta cuba melepaskan diri namun gagal kerana tong tersebut tersangkut pada belukar.
"Saya percaya buaya sepanjang kira-kira lima meter itulah yang menyerang rakan kami dua minggu lalu," katanya di sini semalam.
Tambahnya, saiz reptilia itu yang besar dan berat menyebabkan anggota SFC dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terpaksa berhempas pulas dan mengambil masa hampir lima jam sebelum berjaya membawa haiwan berkenaan naik ke darat.
Pada 18 Januari lalu, seorang pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia yang hanya dikenali sebagai Ical, 23, maut dibaham buaya ketika turun ke sungai untuk memeriksa pukat.
Sementara itu, jurucakap SFC ketika dihubungi berkata, buaya berkenaan masih dalam jagaan pihaknya sementara menanti tindakan susulan.
Bagaimanapun, dia memberi jaminan haiwan tersebut tidak akan dibunuh.

No comments:

Post a Comment

ShareThis