Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, February 3, 2013

Berjiran dengan mayat


MARANG – Berjiran dengan mayat. Demikianlah keadaan beberapa penghuni Taman Tapai Indah, Pengkalan Berangan , berikutan penemuan mayat seorang broker balak yang dipercayai sudah mati sejak lebih kurang seminggu lalu
.Kematian Lee Bong Leong, 61, hanya disedari seorang ahli majlis mesyuarat pihak berkuasa tempatan (PBT) kira-kira jam 2.50 petang sebelum pihak polis menemui mayat mangsa yang sudah mereput dan dalam keadaan terlentang di ruang tamu.

Ahli majlis mesyuarat terbabit, Ng Soo Che, 50, berkata, dia menerima panggilan daripada rakan mangsa yang mengadu bahawa mangsa tidak dapat dihubungi sejak beberapa hari lalu sebelum ke rumah Bong Leong untuk mendapatkan jawapan.

“Dia tinggal seorang diri dan menyewa di taman perumahan itu. Selepas terima panggilan rakan mangsa, saya terus ke rumahnya.

“Saya dapati pintu utama rumah terbuka tetapi pintu jerijinya tertutup dan berkunci. Apabila melihat ke arah dalam rumah, saya terlihat kaki seseorang dalam keadaan berbaring termasuk bau busuk,
Dia yang curiga dengan keadaan itu terus menghubungi pihak polis sebelum pihak berkuasa itu tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudiannya untuk membuat pemeriksaan dan diikuti dengan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Mangsa dipercayai mati sejak beberapa hari berdasarkan keadaan mayat yang ditemui itu sudah mereput, malah dikuatkan dengan keterangan jiran-jiran berdekatan, mendakwa pintu utama rumah mangsa dalam keadaan terbuka sejak seminggu lalu.

Jiran mangsa, Normawati Abdullah, 30 berkata, sudah menjadi kebiasaan pintu utama rumah mangsa terbabit tidak ditutup jika dia berada di dalam rumah, namun dia tidak menyangka bahawa mangsa sudah mati dalam keadaan sedemikian.   

“Sudah hampir seminggu saya melihat pintu utama rumah itu terbuka, tapi tidak syak apa-apa,” katanya.

Normawati juga tidak menyangka bahawa dia dan keluarganya berjiran dengan mayat Bong Leong sejak hampir seminggu lalu
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis