Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, February 17, 2013

Bayi selamat dalam dakapan

 ALOR GAJAH -
Sambil memeluk bayi, saya merangkak keluar perlahan- lahan dari kereta," kata Yap Mui Yin, 38, mangsa kemalangan membabitkan enam sekeluarga di Kilometer 203.5 Lebuhraya Utara - Selatan, 

Ibu kepada empat anak itu terperangkap selepas kereta Toyota Unser dinaiki enam sekeluarga terbabas dan melanggar pengadang lebuh raya, sebelum terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas.
ketika kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, dia dan suami, Ngoo Kin Hua, 39, serta empat anak, Ngoo Yen Ni, 11, Ngoo Yen Chi, 8, Ngoo Yen Chin, 5, dan Ngoo Yen Ping, 3 bulan, dalam perjalanan pulang ke Skudai, Johor Bahru, selepas menyambut Tahun
Baru Cina di Seremban.sebaik sahaja mula merasakan keadaan kereta terhuyunghayang, dia terus memeluk erat bayi perempuannya, sementara tiga lagi anaknya saling berpegangan tangan dalam keadaan ketakutan.
“Kereta kami secara tiba-tiba seperti ditolak angin, lalu terbabas ke kiri jalan dan merempuh sedikit besi pembahagi lebuh raya. Kereta kami pada mulanya terbalik dalam keadaan mengiring sebelum terseret di lorong kanan dan terbalik dalam keadaan keempat- empat tayar kereta ke atas, dia dan suaminya menyuruh tiga anak mereka yang duduk di belakang keluar dari kereta kerana bimbang kemungkinan dirempuh kenderaanlain.
“Saya panik dan terperangkap kerana sukar membuka tali pinggang keledar, sementara suami bantu tiga anak di tempat duduk belakang.
“Sambil mengendong Yen Ping yang menangis, saya merangkak keluardalam keadaan sakit disebabkan hentakan kuat, dia dapat melihat lebuh raya yang begitu sibuk dengan kenderaan dan berlari selamatkan diri ke tebing sebelah kiri lebuh raya, sebelum pekerja lebuh raya berkenaan tiba dan menutup lorong sebelah kanan.

Menurutnya, dia sebak melihat barangan keperluan diri dan anakanaknya bertaburan atas jalan, termasuk barangan keperluan dapur, sebelum ia dikumpulkan suaminya. “Habis semua barang dalam bonet kereta bertaburan atas jalan. Tapi kami bernasib baik kerana tidak cedera,,
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis