Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, February 23, 2013

Bayi 18 bulan jadi mangsa lotong


SEREMBAN – 
Seorang kanak-kanak berusia setahun enam bulan terpaksa dimasukkan ke wad setelah cedera digigit seekor lotong jantan di rumahnya di Taman Bukit Kristal
.Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, Mohamad Hafizul Abdullah sedang nyenyak tidur sebelum diserang haiwan berkenaan yang dipercayai masuk melalui tingkap di bilik rumahnya.

Ibu mangsa, Nor Zuridah Abdullah, 19, berkata, ketika kejadian dia bersama suaminya berada di kebun tidak jauh dari rumahnya untuk bercucuk tanam.

“Sebelum saya pergi ke kebun, Hafizul sedang tidur di bilik dan saya meminta ibu saudara saya menjaganya.

“Tapi sebaik sahaja pulang ke rumah, saya terdengar tangisan Hafizul yang lain dari biasa menyebabkan saya fikir sesuatu telah berlaku,” katanya.

Nor Zuridah berkata, ibu saudaranya memberitahu Hafizul diserang seekor lotong jantan yang dipercayai masuk melalui tingkap bilik.

Menurutnya, dia hampir pitam sebaik sahaja melihat badan dan kaki anaknya berlumuran darah digigit lotong berkenaan.

“Ibu saudara saya tidak sedar lotong itu masuk ke rumah kerana dia sedang masak di dapur manakala ahli keluarga lain sedang berehat di ruang tamu.

“Tapi, tiba-tiba mereka terkejut terdengar tangisan Hafizul dan sempat melihat seekor lotong keluar dari arah tingkap bilik,
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis