Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, February 23, 2013

Baling batu pada isteri hamil


KUALA TERENGGANU -
 Hanya kerana isterinya enggan memberikan wang diminta, seorang buruh tergamak membaling batu ke arah mangsa yang sedang hamil tujuh bulan, dalam kejadian di kantin sebuah sekolah
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, suspek, 25, telah datang ke tempat kerja mangsa, 22, yang bekerja sebagai pembantu kantin untuk meminta sejumlah wang.

mangsa bagaimanapun tidak melayan permintaan itu menyebabkan suspek naik angin sebelum mengambil batu yang ada di kawasan itu, lalu membaling ke arah mangsa.

“Mangsa tidak sempat mengelak, menyebabkan batu terkena pada perutnya yang sedang mengandung tujuh bulan. Kejadian itu disedari seorang rakan sekerja yang kemudiannya memaklumkan kepada majikan menyebabkan suspek melarikan diri.

“Disebabkan balingan kuat itu, mangsa mengalami kesakitan dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah bagi mendapatkan rawatan kerana bimbang sesuatu buruk menimpa bayi di dalam kandungan

Selepas kejadian, mangsa mengambil keputusan membuat laporan polis kerana bimbang suspek akan bertindak agresif dan mengulangi perbuatan itu lagi sehingga boleh mengancam keselamatan diri dan kandungannya
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis