Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, February 2, 2013

Aznil Nawawi terima gelaran Datuk

Selebriti dan pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi (gambar kecil) dikurniakan darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah semalam.

Aznil merupakan salah seorang daripada 283 penerima anugerah darjah kebesaran, bintang dan pingat yang dikurniakan sempena Hari Wilayah itu.
Duta Khas ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S. Samy Vellu mengetuai senarai penerima pingat dengan dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri Utama pada majlis yang diadakan julung-julung kali di Istana Negara, Jalan Duta di sini.
Menurut Aznil, anugerah yang diterimanya itu adalah pencapaian bermakna buat dirinya selama berkecimpung dalam dunia hiburan.
"Saya bersyukur dengan pengurniaan ini dan ia menjadi penyuntik semangat untuk terus melibatkan diri dalam dunia hiburan dan juga aktiviti kemasyarakatan," katanya di sini semalam.
Dalam pada itu, Tuanku Abdul Halim ketika bertitah pada majlis tersebut mahu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan berada pada kedudukan teratas dalam aspek daya saing global, mesra perniagaan dan indeks kebahagiaan.
"Sudah sampai masanya Wilayah Persekutuan setanding dengan bandar raya tersohor di negara maju," titah Seri Paduka.
Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.
Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

No comments:

Post a Comment

ShareThis