Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, February 1, 2013

Arwah macam di dunia lain

  BACHOK - Hasrat seorang adik untuk berbual dengan abangnya tidak kesampaian, apabila abangnya dikatakan lemas di tali air berdekatan rumahnya kira-kira jam 6 petang kelmarin

 Mayat  Mohd Alif Amirul Hafiz Zamara, 8, ditemui pada jam 3.45 pagi semalam.

Ibunya, Sumaria Mohamad, 30, berkata, tengah hari kelmarin anak bongsunya, Nur Alia Nastasya, 4, menyuruh dia menelefon Mohd Alif Amirul kerana ingin berbual dengannya.

Sumaria kemudiannya berjanji untuk menelefon anak sulungnya itu pada sebelah malam.

“Tidak sempat saya berbuat demikian, saya menerima panggilan daripada adik, Norhayati, 24, dari kampung yang memberitahu tragedi yang menimpa Alif,

Mohd Alif anak sulung daripada tiga beradik itu dikatakan meminta tinggal dan bersekolah di kampung bersama sepupunya.

Dua lagi adik mangsa, Alia dan Mohd Alif Danial, 6, tinggal bersama ibu bapa mereka di Pelabuhan Klang.

Mayat mangsa hanya ditemui 10 minit selepas ketibaan ibu bapanya dari Selangor.

Mangsa ditemui di dasar tali air ketika penduduk menahan pukat untuk mencarinya selepas usaha  lebih tujuh jam menemui jalan buntu.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam air oleh penduduk yang memasang pukat untuk mencarinya.
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis