Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, February 25, 2013

Almy rimas dengan kontroversi Fizz

hi_03.3

NAMA pelakon Fizz Fairuz tidak dapat lari daripada dilanda kontroversi. Selepas isu putus cinta dan lamaran ditolak oleh bekas kekasihnya yang juga pelakon Almy Nadia, terbaharu, Fizz mengejutkan industri hiburan dengan isu putus tunang pula

.Fizz yang telah bertunang senyap-senyap dengan wanita bernama Azlyn Massiela Mohd. Nazar di Taman Pelindong Damai, Beserah, Kuantan Pahang pada 10 Februari lepas telah memutuskan pertunangan hanya selepas seminggu bertunang.

Semuanya berlaku selepas Fizz rasa tertipu selepas mengetahui tunangnya itu masih berstatus isteri kedua kepada seorang usahawan berusia 40-an. Disebabkan kontroversi terbaharu itu, Almy turut terkena tempiasnya apabila dia dihujani panggilan telefon berhubung isu putus tunang itu.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Almy Nadia yang dihubungi semalam.

Kosmo!: Apakah komen Almy berhubung isu putus tunang Fizz Fairuz?

ALMY NADIA: Berdiam diri adalah jalan yang terbaik kerana saya sudah tiada ada kaitan dengan Fizz. Saya minta jasa baik semua memahami keadaan saya. Rasanya dalam dua atau tiga hari lagi Fizz akan muncul, ketika itu tanyalah apa sahaja kepada dia bukannya saya.

Bagaimanakah anda tahu dia akan muncul beri kenyataan, adakah kalian masih berhubung?

Kami tidak berhubung lagi sejak putus. Disebabkan Fizz telah beri kenyataan pada sebuah akhbar, mahu tidak mahu dia akan muncul juga untuk membuat penjelasan. Saya yakin dia akan tampil untuk memberikan penjelasan sewajarnya.

Fizz mendakwa dia terkena buatan orang. Andai dia ingin kembali kepada Almy semula, adakah anda bersedia memaafkan dia dan berbaik semula?

Sejak kami putus cinta, saya tidak pernah jumpa atau berhubung dengan dia lagi. Antara kami sudah tidak ada apa-apa hubungan istimewa. Saya tidak pernah berdendam, apa yang telah terjadi saya tinggalkan di belakang. Sekarang saya hanya jalani hidup saya, begitu juga dengan dia.

Nama Almy pasti akan diheret sama setiap kali Fizz muncul dengan kontroversi. Boleh komen?

Saya sendiri tidak faham kenapa semua orang cari saya. Pada hari pertama dia bertunang, media cari saya. Begitu juga ketika dia putus tunang kerana dia tidak dapat dihubungi dan menghilangkan diri.

Apakah anda rimas dengan keadaan itu?

Jujurnya siapa yang tidak rimas tetapi itu mula-mula dahulu. Sekarang saya sudah boleh menerima keadaan ini kerana sudah kerja saya sebagai artis. Mahu tidak mahu, saya tetap kena hadapi juga perkara seperti ini.

Masa dia bertunang dahulu, ada media hubungi saya, saya ucapkan tahniah kepadanya menerusi media tersebut. Bagaimanapun, bila dia putus tunang, saya cuma harapkan dia sihat dan tampil ke hadapan beri penjelasan kerana itu yang terbaik untuk semua orang hentikan segala speklulasi. Saya juga doakan yang terbaik untuknya dalam menghadapi ujian ini.

hi_03.1
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis