Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, February 24, 2013

Almy Nadia: Jangan kaitkan saya!


Sejak seminggu yang lalu, cerita berkaitan Fizz Fairuz- Azlyn Maissiela Mohd Nazar-Almy Nadia begitu hangat diperkatakan.
Semuanya gara-gara Fizz bertunang secara senyap-senyap dan akhirnya tampil membuat pengakuan bahawa ikatan tersebut hanya dapat bertahan selama empat hari.

Keputusan itu dibuat selepas Fizz mendakwa bekas tunangnya itu adalah isteri orang dan dia baru mengetahui mengenai perkara itu, beberapa hari selepas bertunang.

Pendedahan demi pendedahan yang berlaku, turut mengheret Almy atau nama sebenarnya, Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, kerana wanita ini dikaitkan bercinta dengan Fizz sejak tujuh tahun yang lalu.

Apatah lagi, Fizz sendiri pernah mengeluarkan kenyataan akan merisik Almy selepas dia memenangi trofi Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular 2011 pada tahun lalu.

Tindakan Fizz yang telah tampil memohon maaf kepada Almy berikutan keputusannya memilih Azlyn, menyebabkan kini ramai tertanya-tanya adakah Almy bakal menerima Fizz semula, apatah lagi, Azlyn mendakwa, Fizz dan Almy sering bertemu biarpun ketika itu, hubungan dia dan Fizz sudah semakin serius.

“Ingin saya tegaskan di sini, saya tidak mahu terbabit lagi dengan isu kontroversi mereka. Itu kontroversi mereka dan biar mereka selesaikan sendiri tanpa melibatkan saya.

“Saya tidak mahu ambil tahu lagi mengenai hal mereka dan fokus saya kini hanyalah pada kerja,” jelas Almy kepada Zass mengenai hala tuju hubungannya dengan Fizz selepas ini.
Ditanya mengenai perasaannya terhadap Fizz, Almy berkata, hubungan mereka sudah berakhir.

"Antara kami sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi.

Sejak kami putus, kami sudah tidak berhubung lagi.

"Jadi berhenti kaitkan saya dengan dia lagi," kata Almy yang enggan komen untuk kembali bersama Fizz lagi.
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis