Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, February 23, 2013

83 terbunuh di Damsyik


DAMSYIK –
 Satu siri letupan bom di seluruh Damsyik menyebabkan 83 orang terbunuh, kata Kumpulan Pemantau Syria Untuk Hak Asasi semalam.

Angka kematian itu termasuk 61 orang yang terbunuh akibat letupan bom kereta dekat pejabat Parti Baath di sini kelmarin.
Letupan itu dilakukan oleh seorang pengebom berani mati.
Beberapa agensi berita Rusia menyatakan, letupan tersebut menyebabkan tingkap Kedutaan Rusia di sini berkecai tetapi tiada kakitangan yang cedera.
Tiada pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian itu.
Kementerian Luar Syria mendakwa letupan itu dilakukan oleh ‘kumpulan pengganas’ yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda yang menerima bantuan kewangan dan logistik dari luar negara.
Pihak penentang rejim Presiden Bashar Al-Assad turut mengutuk kejadian tersebut.
Kumpulan penentang itu, Majlis Kebangsaan Syria menyatakan, sebarang perbuatan yang menjadikan orang awam sebagai sasaran perlu dikutuk.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan, 70,000 orang terbunuh
dalam konflik yang berlaku sejak Mac 2011.
Pertempuran di negara ini bermula selepas rejim Bashar melancarkan operasi memerangi kumpulan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Presiden Syria itu.

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis